? ??????????????Stoned Love? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??1 Grab Today. 427 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Mint Hearts? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 343 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, September 12, 2009

JAUHILAH HASAD DENGKI…

>> tidak ada sesuatu yang menyenagkan & menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih & jiwa yang sihat, bebas dari rasa dendam yang sentiasa menggoda manusia.

>> seseorang yang hatinya bersih & jiwanya sihat, ialah mereka yang apabila melihat sesuatu nikmat yang diperoleh orang lain, ia merasa senang & merasakan kurnia itu ada pula pada dirinya, sabagaimana Rasullullah s.a.w. berdoa :



" اللهمّ ما أصبح بي نعمة أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر".
{ Ya Allah Tuhan kami, tidaklah aku atau salah seorang dari makhluk-Mu masuk di pagi hari dengan mendapat nikmat, maka hanya dari Engkau sendiri, tidak ada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu sagala puji dan syukur }

>> dan apabila ia melihat musibah yang menimpa seseorang dari hamba Allah, ia ikut merasakan sedihnya & mengharapkan kepada Allah untuk meringankan penderitaannya & mengampuni dosanya sebagai pemohon Rasullullah s.a.w. kepada Allah :
{ Apabila Engkau mengampuni ya Allah, Engkau ampunilah seluruhnya, kerana manusia mana yang tidak terlepas dari kesalahan }

>> begitulah seorang muslim, hendaknya selalu hidup dengan hati yang bersih & jiwa yang sihat, rela terhadap ketentuan Allah & terhadap kehidupannya. Jiwanya bebas dari perasaan dengki dan dendam. Kerana persaan dengki dan dendam merupakan penyakit hati, yang dapat menyingkirkan iman keluar dari hati, sabagaimana zat cair dari bekas yang bocor.
>> Sejak mula2 Allah ciptakan Nabi Adam a.s, Iblis telah mula timbul perasaan hasad dalam dirinya, yang mana merasakan cemburu yang teramat terhadap makhluk yang hanya diciptakan dari tanah tetapi telah dimuliakan oleh Allah S.w.t. Bahkan Allah telah memerintahkannya agar sujud hormat kepada makhluk yang bernama Adam tersebut. Dia merasa terhina, bagaimana dia yang diciptakan dari api (yang disangkakannya lebih mulia) perlu sujud hormat kepada manusia yang hanya diciptakan dari tanah.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.” Surah Al A’raaf : Ayat 11-12.

>> Maka setelah Allah menempatkan Nabi Adam a.s di dalam syurga , dan kemudiannya Adam bersama Hawa, maka mula lah Iblis merancangkan niat jahatnya untuk menjadikan Adam dimurkai Allah. Maka dengan hasad dengki yang ada padanya itu dia cuba untuk menghasut Hawa agar memujuk Adam memakan buah khuldi, yang mana Allah telah melarang Nabi Adam dan Hawa dari memakannya.
>> Itulah keburukan yang timbul dari perasaan hasad dengki, bukannya mahu menumpang gembira dengan kesenangan orang lain, tetapi merasa benci melihat orang lain senang dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan apa cara sekali pun. Sama2 kita jauhi sifat hasad dengki ini. Jika kita merasakan bahawa kita ada mempunyai rasa tidak puas hati dengan orang lain dan cuba menjatuhkannya semata2 kerana hal peribadi, maka hati2 lah. Tetapi kita perlu juga tahu menilai mana dia hasad dengki dan mana dia melaksanakan tuntutan agama dan demi menegakkan syiar Islam.

0 comments: